Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad, pemegang saham, subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang disebut dalam Jadual Pertama kepada Notis Privasi ini) (secara kolektifnya “Kumpulan”), menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Notis Privasi ini dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Notis Privasi ini, “Data Peribadi” hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta dan terma “kami” akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan “anda” akan merujuk kepada diri anda sendiri dan/atau mana-mana individu atau syarikat yang anda mewakili di mana anda memberi Data Peribadi.

A. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN

  1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Kumpulan melalui cetak dan platform digital (termasuk tetapi tidak terhad kepada Laman Web, Media Sosial dan Aplikasi Mudah Alih Kumpulan) termasuk:
    1. maklumat yang dikumpul apabila anda mendaftar atau mengemaskini profil dalam talian atau apabila anda mengisi atau mengemaskini apa-apa maklumat dengan kami, yang mungkin termasuk data peribadi seperti gambar, nama dan butir-butir hubungan anda;
    2. isi kandungan semua borang bercetak dan elektronik atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada kami melalui cagaran bercetak atau borang-borang, Laman Web Kumpulan dan mana-mana platform digital dan mudah alih (seperti E-mel, Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Viber dan mana-mana media sosial dan aplikasi), termasuk dokumen-dokumen pengenalan serta bukti alamat;
    3. maklumat yang dimasukkan atau diserahkan ke dalam kemudahan dalam talian seperti alat carian dan kalkulator;
    4. personalisasi utama yang anda pilih semasa anda menggunakan Laman Web Kumpulan, platform digital dan mudah alih;
    5. maklumat yang dikemukakan jika anda mengambil bahagian dalam tinjauan atau pertandingan sama ada melalui dalam talian atau sebaliknya;
    6. apa-apa mesej atau komen yang anda serahkan kepada kami melalui Laman Web Kumpulan atau melalui apa jua cara, yang mungkin termasuk data peribadi seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon;
    7. maklumat yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah; dan
    8. kandungan semua borang-borang dan/atau dokumen-dokumen yang dikemukakan dan/atau dikumpulkan oleh Kumpulan.

B. TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI

  1. Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Kumpulan sama ada melalui talian atau sebaliknya, anda dengan ini membenarkan Kumpulan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:
    1. memberikan anda perkhidmatan atau manfaat di bawah mana-mana perniagaan dan/atau polisi Kumpulan; dan/atau
    2. memproses permohonan anda di bawah mana-mana program Kumpulan; dan/atau
    3. jika berkenaan, pemasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar apa-apa pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, pengiklanan, bahan promosi dan/atau bahan komersial kepada anda (termasuk e-mel, khidmat pesanan ringkas atau apa jua cara lain) dan/atau untuk digunakan, untuk memberi dan/atau memperbaiki perkhidmatan Kumpulan, pemprosesan invois dan bayaran (termasuk bayaran dengan kad) dan memberi perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan Kumpulan dengan anda dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda; dan/atau
    4. menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau
    5. menjalankan prosedur padanan menurut undang-undang; dan/atau
    6. melaksanakan statistik analisa untuk pelbagai objektif di dalam Kumpulan dan memberikan maklumat ini kepada Kumpulan; dan/atau
    7. tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, rekod simpanan atau peningkatan perniagaan Kumpulan serta untuk tujuan yang berkenaan untuk menyokong dan/atau membantu mana-mana perniagaan Kumpulan atau Laman Web Kumpulan; dan/atau
    8. tujuan yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan/atau penguatkuasaan transaksi komersial dan untuk hubungan dan komunikasi dengan anda; dan/atau
    9. setakat mana yang dikehendaki oleh undang-undang, di mana Kumpulan menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian adalah perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana Kumpulan mengesyaki telah, sedang atau mungkin akan terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau
    10. di mana pihak ketiga memperolehi atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam Kumpulan; dan/atau
    11. di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau perkhidmatan yang diminta oleh Kumpulan; dan/atau
    12. membolehkan Kumpulan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau obligasinya sepertimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau garis panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh mana-mana badan berkuasa kerajaan dan/atau bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk memastikan pelaksanaan mana-mana terma-terma perjanjian ataupun dokumen; dan/atau
    13. di mana pihak ketiga memerlukannya untuk menyediakan dan menyerahkan mana-mana tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan; dan/atau
    14. tujuan yang berkaitan dengan penguatkuasaan hak Kumpulan mengikut mana-mana surat, perjanjian-perjanjian dan/atau dokumen-dokumen termasuk mendapatkan nasihat undang-undang dan nasihat kewangan, mengambil langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau
    15. membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau undang-undang; dan/atau
    16. program kesetiaan pelanggan; dan/atau
    17. untuk apa-apa tujuan yang berkenaan atau secara sampingan atau untuk melanjutkan tujuan Kumpulan.
  2. Kami boleh menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas sama ada melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, media sosial, pos, faksimili atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.

C. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN

  1. Anda selanjutnya bersetuju bahawa Kumpulan boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) di antara mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan/atau kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat bersekutu, mana-mana pihak authoriti yang relevan (kerajaan dan/atau bukan kerajaan), kedutaan, badan statutori, badan regulatori, organisasi dan/atau mana-mana institusi kewangan berkenaan, mana-mana orang lain dibawah kewajipan kerahsiaan terhadap Kumpulan atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan (termasuk yang ditubuhkan atau diperbadankan dari masa ke semasa), pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli hak/perniagaan/aset syarikat dalam Kumpulan sama ada sebenar atau yang dicadangkan, pembekal perkhidmatan (termasuk mereka yang membantu kami dalam penyediaan/pembangunan/penyelenggaraan Laman Web dan platform digital Kumpulan), bagi keperluan operasi, pentadbiran dan pembangunan Kumpulan dan kepada organisasi-organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program-program kesetiaan dan perkhidmatan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan Data Peribadi itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak Kumpulan.
  2. Kumpulan menggunakan dan mendedahkan maklumat yang bukan mengenalpasti secara peribadi yang telah dikumpulkan oleh kami sebagai sebahagian daripada proses Kumpulan untuk sentiasa memperbaiki Laman Web Kumpulan dan/atau perniagaan-perniagaan Kumpulan.

D. KESAN KETIADAAN PERUNTUKAN DATA PERIBADI

  1. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi atau tidak memuaskan kepada Kumpulan, maka permohonan atau permintaan anda kepada Kumpulan bagi apa-apa tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas mungkin tidak boleh diterima atau bertindak ke atasnya atau permintaan anda untuk melayari beberapa maklumat dalam Laman Web Kumpulan mungkin akan dinafikan atau Kumpulan tidak akan dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dan/atau perkhidmatan dan/atau melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah apa-apa kontrak yang bakal ditandatangani ataupun kontrak yang sedia ada dengan anda.

E. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI

  1. Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat-pejabat Kumpulan atau disimpan di dalam server yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh Kumpulan atau pembekal perkhidmatannya di dalam atau di luar Malaysia.
  2. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh Kumpulan selama yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan di dalam (B) di atas atau diperlukan untuk memenuhi mana-mana keperluan undang-undang, regulatori dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Kumpulan.
  3. Kumpulan tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian bagi anda memadamkan Data Peribadi yang dipegang oleh Kumpulan.

F. BAGAIMANAKAH KAMI MENGENDALIKAN E-MEL DAN MESEJ “HUBUNGI KAMI”

  1. Kumpulan boleh mengekalkan kandungan mana-mana e-mel atau “Hubungi kami” atau mesej elektronik lain yang diterima oleh Kumpulan.
  2. Sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam mesej-mesej tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan mengikut cara yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.
  3. Kandungan mesej mungkin dipantau oleh pembekal-pembekal perkhidmatan atau pekerja-pekerja Kumpulan untuk tujuan termasuk pematuhan, pengauditan dan penyelenggaraan atau di mana penyalahgunaan e-mel disyaki.

G. DATA KOMUNIKASI ATAU PENGGUNAAN

  1. Melalui penggunaan perkhidmatan telekomunikasi anda untuk melayari Laman Web Kumpulan, data komunikasi anda (contohnya alamat Protokol Internet) atau data penggunaan (contohnya maklumat awal, akhir dan tahap setiap akses dan maklumat mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang anda akses) adalah dijanakan secara teknikal dan mungkin berkaitan dengan Data Peribadi.
  2. Setakat terdapat satu keperluan yang menambat perhatian, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau data penggunaan anda akan berlaku dan akan dilakukan selaras dengan Akta.

H. DATA BUKAN PERIBADI DIKUMPUL SECARA AUTOMATIK

  1. Semasa anda melayari Laman Web Kumpulan, Kumpulan boleh secara automatik (iaitu bukan melalui pendaftaran) mengumpul data bukan peribadi (contohnya jenis pelayar Internet dan sistem operasi yang digunakan, nama domain laman web dari mana anda datang, jumlah kunjungan, purata masa yang dihabiskan di laman web tersebut, muka surat yang dilihat).
  2. Kumpulan boleh menggunakan data ini dan berkongsi dengan yang lain di dalam Kumpulan untuk memantau daya tarikan Laman Web Kumpulan dan untuk meningkatkan prestasi atau kandungan mereka.

I. COOKIES

  1. Apabila anda melayari Laman Web Kumpulan, Kumpulan boleh menyimpan beberapa data dalam komputer anda dalam bentuk “cookie” untuk mengiktiraf komputer peribadi anda secara automatik bila anda melayari pada masa depan.
  2. Cookies boleh membantu Kumpulan dalam banyak cara, contohnya, dengan membenarkan Kumpulan menyesuaikan laman web supaya dapat sepadan dengan minat anda atau untuk menyimpan kata laluan anda supaya anda tidak perlu memasukkan kata laluan anda semula pada setiap layaran.
  3. Jika anda tidak ingin menerima cookies, sila konfigurasikan pelayar Internet anda untuk memadamkan semua cookies dari cakera keras komputer anda, menyekat semua cookies atau untuk menerima amaran sebelum cookie disimpan.

J. KERAHSIAAN

  1. Data Peribadi yang dipegang oleh Kumpulan akan dirahsiakan menurut Notis Privasi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
  2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang diserahkan kepada kami dalam apa jua cara (termasuk yang dihantar atau diposkan di Laman Web Kumpulan) akan dianggap diberi kepada Kumpulan secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.
  3. Kumpulan berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantarkan, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengeposkan ke tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan di dalam (C) di atas.

K. KESELAMATAN DATA PERIBADI

  1. Kumpulan menggunakan beberapa mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.
  2. Bagi Internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui Internet boleh dijamin selamat sepenuhnya. Oleh itu walaupun Kumpulan berusaha untuk melindungi Data Peribadi tersebut, Kumpulan tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada Kumpulan dan anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri. Sebaik sahaja mana-mana Data Peribadi menjadi milikan Kumpulan, Kumpulan akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.
  3. Nama pengguna dan kata laluan mungkin mustahak untuk anda menggunakan beberapa bahagian dalam Laman Web Kumpulan. Untuk perlindungan anda sendiri, Kumpulan memerlukan anda untuk merahsiakan dan menukar kata laluan anda secara kerap (jika perlu).

L. PEMINDAHAN DATA PERIBADI

  1. Disebabkan dasar globasasi perniagaan Kumpulan, Kumpulan mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli-ahli lain dalam Kumpulan (yang mungkin berada di luar negara) atau kepada mana-mana pihak yang berada di luar negara (termasuk negara yang mempunyai rejim perlindungan data peribadi yang berbeza daripada negara dimana anda berada). Apa-apa Data Peribadi yang dipindahkan akan digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam (C) di atas.

M. PENGHUBUNG

  1. Laman Web Kumpulan mungkin mengandungi penghubung ke laman dan halaman lain. Dengan mengaktifkan suatu penghubung, sebagai contohnya dengan mengklik pada panji pengiklan, anda meninggalkan Laman Web Kumpulan dan Kumpulan tidak akan melaksanakan kawalan ke atas mana-mana Data Peribadi atau apa-apa maklumat lain yang anda berikan kepada mana-mana entiti lain selepas anda meninggalkan Laman Web Kumpulan.

N. HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI

  1. Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh Kumpulan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan anda boleh memohon Kumpulan membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan, tertakluk kepada sebarang sekatan di bawah undang-undang serta syarat-syarat kontrak.
  2. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik kebenaran anda kepada Kumpulan bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut:

    Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad dan/atau Kumpulan

    Alamat : Kompleks Operasi LITRAK
    KM 19, Lebuhraya Damansara–Puchong
    Bandar Sunway, PJS 9
    47500 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Wakil Pengendalian : Ketua Jabatan Komunikasi
    E-mel : pdpa.comm@litrak.demo7.tk
    Tel No : 603-7494 7000

  3. Sila klik dibawah untuk Notis Privasi berikut :
  4. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik kebenaran/persetujuan anda, Kumpulan masih boleh terus memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan-keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan seperti yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak.
  5. Kumpulan berhak untuk mengenakan fi yang munasabah untuk memproseskan mana-mana permohonan untuk mengakses data anda.

O. DATA PERIBADI YANG DIBERIKAN OLEH ANDA

  1. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang yang mana anda memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak yang dinyatakan di dalam (C) di atas.
  2. Anda bertanggungjawab untuk memberikan kepada kami Data Peribadi yang tepat, lengkap dan terkini berkenaan Data Peribadi anda dan/atau Data Peribadi orang lain yang anda kemukakan kepada kami. Oleh itu, apabila Data Peribadi tersebut menjadi tidak tepat, tidak lengkap atau tidak kemaskini, anda perlu membetulkan atau mengemaskinikan Data Peribadi tersebut dengan menghubungi kami atau mengemukakan Data Peribadi terkini kepada kami secara bertulis seperti yang dinyatakan di dalam (N) di atas.

P. PENJUAL, PEMBEKAL DAN/ATAU PEMBEKAL PERKHIDMATAN

  1. Jika anda memproses Data Peribadi bagi pihak Kumpulan sebagai penjual, pembekal dan/atau pembekal perkhidmatan, anda dikehendaki mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa anda mematuhi:
    1. Akta tersebut; dan/atau
    2. mana-mana undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau garis panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh mana-mana badan berkuasa kerajaan dan/atau bukan kerajaan, agensi atau jabatan.
  2. Sekiranya anda gagal mematuhi mana-mana perkara yang dinyatakan di dalam (P) di atas, anda akan menanggung kerugian Kumpulan terhadap mana-mana tindakan, tuntutan, permintaan, denda, prosiding guaman, pendakwaan, kerugian, ganti rugi, penalti, kos dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada dasar kos guaman peguamcara dan anakguam) yang timbul di mana boleh diaju atau dibuat terhadap atau ditanggung oleh Kumpulan.

Q. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI

  1. Kumpulan berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan/atau meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kumpulan menasihatkan supaya anda menyemak Notis Privasi ini di Laman Web Kumpulan kami secara kerap.
    JADUAL PERTAMA
    NAMA-NAMA SYARIKAT

    1. Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd
    2. Penyenggaraan Litrak Sdn Bhd
    3. Sukma Sinaran Sdn Bhd
    4. Midawasa Sdn Bhd
    5. ETC Links Sdn Bhd
    6. Litrak Sdn Bhd
    7. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd
    8. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd