Sambutan Hari Kemerdekaan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Jaya (A)

   
 
Sesi Tayangan Merdeka Filem PASKAL bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Jaya (A), Puchong sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62.
 
Tayangan ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan Negara dan nilai patriotisme di kalangan pelajar. Seramai hampir 100 orang pelajar menyertai tayangan merdeka ini.
 
LITRAK juga turut berkesempatan menyambut ambang Merdeka bersama guru dan pelajar sekolah SMK Puchong Jaya (A), Puchong.