Program Pengenalan Bahasa Isyarat Malaysia bersama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Federation of the Deaf)

 

 

Pihak Litrak baru-baru ini, telah menjayakan Program

Pengenalan Bahasa Isyarat Malaysia di Ibu Pejabat, Kompleks Operasi Litrak.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan En Mohd Sazali Shaari selaku Presiden telah dijemput untuk memberikan input dan pengenalan kepada peserta tentang cara-cara berkomunikasi dengan orang kurang upaya, khususnya komuniti Pekak.

Objektif program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang bahasa isyarat dan cara komunikasi, serta meningkatkan lagi kemahiran komunikasi petugas hadapan Litrak dan Sprint.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Polis Bantuan Litrak dan Sprint telah menyertai Program ini.