Lanjutan daripada Kempen Advokasi Keselataman Jalan Raya

  
 
Lanjutan daripada Kempen Advokasi Keselataman Jalan Raya yang telah diadakan sebelum ini oleh pihak Litrak, pagi ini kami telah mengadakan Operasi Tindakan Penguatkuasaan Bersama Polis Lebuhraya EMPV Bukit Aman, yang diketuai oleh Supt. Dr Bakri bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman bersama pegawai dan anggota seramai 30 orang.
 
Operasi ini telah diadakan di Persimpangan Kelana Jaya (berdekatan Paradigm Mall), bertujuan menangani masalah penunggang motosikal yang melawan arus sekitar kawasan berkenaan.
 
Penunggang motosikal dinasihati supaya patuh undang-undang jalan raya yang ditetapkan untuk keselamatan bersama. Jangan terburu-buru dan risikokan nyawa anda dan pengguna lain. Sama-sama, kita jadikan jalan raya dan lebuh raya kita lebih selamat!