Perhatian pengguna SPRINT

Perhatian pengguna SPRINT!

Makluman:

Terdapat penutupan 1 lorong Touch ‘n Go (E04) di Plaza Tol Bukit Kiara dari arah Sg. Penchala ke Mont Kiara.

Penutupan ini telah dilakukan bermula 7 Nov 2020 jam 10.00 pagi sehingga 8 Nov 2020 6.00 petang bagi tujuan penyenggaraan dan demi kemudahan pengguna lebuh raya di masa hadapan.

Pastikan lorong tol anda yang betul ketika melalui Tol Plaza ini.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk status dan laporan trafik terkini, sila hubungi Talian Bantuan kami di 03 7494 7333.

Terima kasih.

MIROS beri ranking lebuh raya

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah antara lima lebuh raya sistem tol tertutup menduduki lima tempat teratas. – Foto fail NSTP/Ramdzan Masiam

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan memberikan ranking kepada lebuh raya di negara ini berdasarkan indeks kematian rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum dari aspek keselamatan jalan raya.

Ketua Pengarah MIROS, Ir Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata lebuh raya yang berada di kedudukan teratas dinamakan lebuh raya berprestasi baik, mempunyai potensi lebih tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah.

Dengan memberikan kedudukan ini kepada lebuh raya, pengguna lebuh raya akan lebih peka terhadap risiko keselamatan mereka ketika melalui lebuh raya.

“Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Analisa MIROS selama ini mendapati, masalah utama keselamatan di lebuh raya adalah pemanduan melebihi had laju, dengan risiko kemalangan maut dan kecederaan parah bertambah tinggi apabila terdapat objek berbahaya di kawasan tepi lebuh raya yang tidak dilindungi penghadang jalan.

Dalam pada itu, MIROS menjelaskan, bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas.

“Kedudukan lebuh raya kemudian ditentukan mengikut jumlah mata kedudukan yang paling rendah,” katanya.

Lebuh raya menduduki lima tempat teratas bagi kategori lebuh raya jenis sistem tol tertutup adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS); Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) serta Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

Bagi kategori lebuh raya jenis sistem tol terbuka pula, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK);

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT); Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS); Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) serta Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Sementara itu, MIROS menjelaskan, penentuan lebuh raya berprestasi baik juga mengambil kira faktor kebarangkalian berlakunya kemalangan maut dan kecederaan parah jenis terbabas akibat pemanduan melebihi had laju.

Berikutan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari semasa ke semasa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala bagi memantau perubahan risiko mengikut keadaan semasa.

“Kedudukan lebuh raya juga boleh ditambahbaik sekiranya konsesi lebuh raya dapat meningkatkan penarafan bintang di lebuh raya mereka dan MIROS sentiasa bersedia untuk membantu pihak konsesi untuk melaksanakan proses penarafan bintang di lebuh raya mereka,” katanya.

bharian.com.my

MIROS senarai 10 lebuh raya berprestasi baik

MIROS senarai 10 lebuh raya berprestasi baik
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik. – Gambar fail/BERNAMA

Sebanyak 10 lebuh raya disenaraikan dalam kedudukan berprestasi baik berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kecederaan parah dilaporkan di situ.

Lebuh raya-lebuh raya tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu jenis sistem tol tertutup dan sistem tol terbuka.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, langkah menyenaraikan lebuh-lebuh raya tersebut membolehkan pengguna lebih peka terhadap risiko keselamatan masing-masing.

MIROS senaraikan 10 lebuh raya berprestasi baik
MIROS senaraikan 10 lebuh raya berprestasi baik

“Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa.

MIROS senaraikan 10 lebuh raya berprestasi baik
MIROS senaraikan 10 lebuh raya berprestasi baik

“Bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

MIROS senaraikan 10 lebuh raya berprestasi baik
MIROS senaraikan 10 lebuh raya berprestasi baik

Dalam perkembangan sama, Khairil Anwar berkata, langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya.

“Memandangkan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari masa ke masa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala,” katanya.

Lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik:

1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
4. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
5. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)

Lima lebuh raya jenis sistem tol terbuka berprestasi baik:

1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
4. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
5. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

https://www.astroawani.com/

Asian Trucker – Highway Maintenance Assistants, Not for the Weak-Hearted