Kempen Keselamatan Lebuh Raya bersama Grab Riders dan Pelajar Kolej Baitulmal Kuala Lumpur

  • LITRAK
  • SPRINT

Kempen Keselamatan Lebuh Raya bersama Grab Riders dan Pelajar Kolej Baitulmal Kuala Lumpur serta Pelancaran Inisiatif #sayagenghighway di Kompleks Operasi Litrak, Subang Jaya.

Selaras dengan usaha pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya melibatkan penunggang motosikal khususnya p-hailing ini, LDP, SPRINT, KESAS dan Terowong SMART telah melancarkan Kempen Keselamatan Lebuhraya khusus untuk penunggang p-hailing dan pelajar.
Penganjuran kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penunggang p-hailing terhadap kepentingan menjaga keselamatan diri dan pengguna lebuh raya yang lain semasa membuat penghantaran dan sekaligus, mengurangkan kadar kemalangan.

Antara pengisian yang telah diadakan semasa kempen ini adalah taklimat daripada pihak konsesi dan PDRM. Peserta-peserta ini seterusnya telah dilantik sebagai agen keselamatan lebuhraya menerusi pelaksanaan program #SAYAGENGHIGHWAY.
Menerusi program #SAYAGENGHIGHWAY ini, hebahan mesej keselamatan serta pelaksanaan kempen melalui platform media sosial akan disalurkan terus kepada rakan penunggang p-hailing.