Program Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya

Sekitar Program Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya anjuran pihak konsesi LITRAK, KESAS, SPRINT dan SMART Tunnel pada penghujung Ogos 2022 yang lalu.

   

Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang betapa pentingnya pemanduan yang cekap dan mengikut peraturan jalan raya, terutamanya kepada penunggang motosikal. Kali ini, fokus Kempen lebih kepada penunggang Grab, Food Panda dan Shoppee Food. Lebih kurang 50 orang peserta daripada Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia telah dijemput untuk menyertai Program yang berlangsung separuh hari ini.

Antara pengisian yang diberikan adalah Ceramah Keselamatan dan Undang-Undang Jalan Raya oleh Tuan Inspektor Sabturani bin Tamrin, Komander Operasi Lebuhraya Zon Tengah A1, dan seterusnya, Ceramah Keselamatan dan Skil Permotoran oleh Tuan Haji Wazi Abdul Hamid, ikon permotoran Malaysia.

Diharapkan program ini dapat memberikan input yang berguna dan diguna pakai peserta dalam menjalankan tugasan seharian mereka. Semestinya, mereka merupakan pengguna tegar jalan raya / lebuh raya, dan sekiranya skil pemanduan ditambah baik, kita dapat menjadikan jalan raya kita lebih selamat!